aplikasi ojektif kbsr matematik

39
Free Powerpoint Templates Page 1

Upload: ei-reen

Post on 21-Jul-2015

3.186 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 1

Page 2: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 2

• 1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.

• 1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.

• 1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup.

Page 3: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 3

• 1988 – Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi berbunyi   

               “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Page 4: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 4

1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.

Page 5: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 5

Page 6: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 6

1) Mengetahui serta memahami konsep, hukum dan prinsip yang berkaitan dengan : Nombor, Operasi, Ruang, Ukuran dan Perwakilan data

a) Dalam mengajar mengenali nombor kepada pelajar Tahun 1, guru boleh menggunakan buah-buahan ataupun objek pejal untuk mewakilkan setiap nombor.

Contoh:

Page 7: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 7

b) Dalam mengajar operasi tambah, guru boleh menggunakan situasi penyelesesaian masalah.

•Contohnya, Adi ada dua biji guli. Pada suatu hari, abangnya memberikan lima biji guli kepadanya. •Berapakah jumlah guli yang Adi ada sekarang?

Guli AdiGuli yang diberi oleh abang Adi

Guli Adi sekarang

Page 8: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 8

c) Dalam mengajar pelajar membaca jarum minit jam, guru boleh menggunakan satu jam besar dan memusingkan jarum ke beberapa titik kemudian meminta murid untuk mengira minit tersebut.

Page 9: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 9

2) Menguasai kemahiran operasi asas Matematik iaitu: Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi

a) Dalam memudahkan pelajar memahami konsep tolak, guru boleh menggunakan situasi sebenar dalam menerangkan konsep. Contohnya, 5 - 3 = ?

• Ini boleh dikaitkan dengan situasi buah dalam bakul. Pada mulanya terdapat 5 biji epal dalam satu bakul. Kemudian Boy makan 3 biji epal.

• Berapakah biji epal yang tinggal dalam bakul itu?

Page 10: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 10

b) Dalam kehidupan harian, pelajar boleh mengaplikasi konsep darab dengan mengira jumlah wang saku yang dikumpul dalam satu minggu. •Cikgu berperanan untuk melakonkan semula situasi tersebut berdasarkan soalan di bawah.•Contohnya, berapakah jumlah wang saku seminggu sekiranya pelajar diberi wang saku RM2 setiap hari ke sekolah.

Wang saku Jumlah hari persekolahan dalam seminggu

Jumlah wang saku dalam seminggu

Page 11: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 11

c) Dalam kehidupan harian, konsep bahagi boleh diaplikasi dalam membahagikan sama rata gula-gula kepada adik-adik. •Ini adalah melalui konsep bahagi yang diajar oleh guru.

12 gula-gula dibahagikan sama rata kepada 3 adik.

Adik 1 Adik 3Adik 2

Page 12: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 12

3) Menguasai kemahiran operasi bergabung

a) Dalam kehidupan harian, pelajar biasanya akan diberikan wang saku. Oleh itu, pelajar boleh mengaplikasikan konsep tambah dan tolak dengan membeli barang di kantin.

• Contohnya, anda ada RM2 dan ayah memberi wang saku RM3. Di sekolah, anda membeli sebungkus nasi lemak RM1 semasa rehat. Berapakah wang saku anda yang tinggal?

• Dalam situasi ini, pelajar mengaplikasikan konsep tambah dan tolak dalam mencari baki wang saku.

Page 13: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 13

b) Selain itu, konsep gabungan juga boleh diaplikasikan dengan memberi pensil kepada rakan-rakan. Guru boleh mewujudkan situasi sebegini di dalam kelas.

•Contohnya, anda mempunyai 10 batang pensil baru. Dua batang diberikan kepada kawan A. Tiga batang pula diberi kepada kawan B. Maka, berapa batang pensil lagi yang masih tinggal?

•Dalam situasi ini, pelajar menggunakan konsep penolakkan berulang.

Page 14: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 14

c) Contoh situasi kehidupan yang boleh diwujudkan dinyatakan oleh guru sebagai contoh:

• Emak membeli 15 naskah buku dan membahagikan sama rata kepada anda dan dua orang adik. Kemudian, anda memberi senaskah daripada bahagian anda kepada seorang kawan. Jadi, berapakah jumlah buku anda?

• Dalam situasi ini, pelajar menggabungkan konsep bahagi dan tolak. Operasi bahagi perlu dilakukan dahulu sebelum membuat operasi tolak.

Page 15: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 15

4) Menguasai kemahiran asas Matematik dalam proses membuat anggaran dan penghampiran, mengukur, mengendali data dan menterjemahkan data dalam bentuk graf dan carta.

a) Sebagai contoh, guru mengarahkan murid untuk mengukur panjang kotak pensel dengan menggunakan unit pengukuran cm.

• Melalui teknik ini,pelajar dapat melihat ketepatan ukuran yang dibuat dengan membuktikan ukuran pensel lebih kecil dan muat untuk dimasukan dalam kotak pensel tersebut.

• Aktiviti sebegini dapat menambah kefahaman pelajar dengan melaksanakan sendiri aktiviti yang berkaitan dengan Matematik.

Page 16: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 16

a) Guru juga boleh mengarahkan murid-murid menimbang berat badan di dalam kelas dengan menggunakan unit kg.

• Melalui aktiviti ini,pelajar dapat melihat bagaimana untuk mengira timbangan dengan tepat.

• Hasil aktiviti yang dilaksanakan ini boleh di buat dalam jadual bagi melihat perbezaan berat murid-murid dalam kelas tersebut.

• Murid juga dapat mengetahui berat sebenar dirinya dan rakan-rakan di dalam kelas.

Page 17: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 17

c) Selain itu, guru juga boleh mengaplikasi objektif ini dengan mengarahkan mempersembahkan data dalam bentuk jadual.

• Sebagai contoh, guru mebahagikan pelajar dalam kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang pelajar.

• Seterusnya, guru menyuruh setiap orang pelajar untuk mengira denyutan nadi mereka sendiri dalam masa 60 saat.

• Setelah itu, hasil yang diperoleh akan dipersembahkan dalam bentuk carta bar bagi memudahkan data dibaca.

• Hasil aktiviti yang dilaksanakan ini boleh dapat mendidik pelajar untuk mengenal carta dan bagaimana untuk menterjemahkan data.

Page 18: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 18

5) Menggunakan kemahiran dan pengetahuan matematik dalam menyelesakan masalah dalam kehidupan seharian dengan berkesan dan bertanggungjawab

a) Dalam mendidik pelajar mengenai aplikasi Matematik dapat membantu mereka memudahkan aktiviti harian, guru perlu bijak menggunakan kaedah yang bersesuaian untuk memastikan pelajar faham apa yang ingin disampaikan.

• Aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru ialah, guru boleh menyuruh pelajar untuk membuat satu jadual waktu harian.

Page 19: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 19

• Melalui jadual waktu ini, pelajar dapat membahagikan masa mereka dalam melaksanakan aktiviti seharian dengan lebih sistematik dan berkesan. Pembaziran waktu juga tidak akan berlaku.

Page 20: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 20

a) Selain itu, guru juga boleh menyuruh murid untuk menambah kelajuan kipas.

• Sebagai contoh, kipas berada pada kelajuan 3, maka guru menyuruh pelajar untuk menambah kelajuan kepada kelajuan 5.

• Oleh itu, aplikasi Matematik digunakan disini kerana murid perlu memikirkan berapa kali kelajuan yang ditambah supaya menjadi 5.

• Jadi, murid akan membuat 2 kali putaran untuk mendapatkan kelajuan 5.

• Disini menerangkan bahawa Matematik digunakan dalam kehidupan harian murid-murid.

Page 21: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 21

c) Guru juga boleh mengaplikasikasikan matematik dalam kehidupan murid dengan menyuruh mereka membuat bil perbelanjaan harian.

BUTIRAN RM RM

Jumlah wang 10.00

(-) perbelanjaan

tambang bas 2.00

nasi 2.00

air 1.00

duit kelas 0.50

kelas petang 2.00

jumlah belanja 7.50

Baki/simpanan 2.00

• Aktiviti sebegini dapat melatih murid untuk berjimat cermat serta dapat membuktikan bahawa ilmu Matematik sangat penting untuk aktiviti harian

Page 22: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 22

6) Menggunakan bahasa Matematik dengan betul

a) Dalam kehidupan pelajar, pemerhatian yang dibuat oleh pelajar kadang-kala akan diungkap dengan bahasa. Peranan guru disini sangat penting untuk mengajar murid-murid mengenai penggunaan bahasa Matematik yang betul.

• Sebagai contoh, murid melihat perbezaan ketinggian kawan-kawan mereka.

• “Ali lebih tinggi daripada Abu”

• Pernyataan yang diungkapkan oleh murid adalah berdasarkan pemerhatian yang dilihat.

Page 23: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 23

• Melalui bahasa matematik sebegini, pelajar dapat menggunakan bahasa Matematik yang betul.

• Perbezaan ketingga merupakan satu pemerhatian terhadap ukuran dalam Matematik.

Page 24: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 24

b) Selain itu, guru juga boleh membuat suatu perbezaan harga yang berlaku di kedai-kedai.

• Sebagai contoh, murid melihat perbezaan harga buah epal yang dijual di kedai Ahmen dan kedai Siti.

• “Kedai Ahmen menjual buah epal dengan harga RM3.80. Manakala kedai Siti menjual dengan harga RM4.00”

• Melalui pernyataan yang diungkapkan, maka murid dapat mengetahui perbezaan harga yang berlaku dalam masa yang sama dapat mengetahui bahawa kedai Ahmen lebih murah berbanding kedai Siti.

Page 25: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 25

c) Guru juga boleh mendidik murid dengan menanyakan masa.

• Sebagai contoh, guru menyuruh murid membaca waktu jam pada dinding kelas dengan menggunakan jam dan minit.

• “Pukul 1: 50 minit”

• Melalui pernyataan yang diungkapkan di depan guru mereka, maka murid dapat mengetahui bahawa penggunaan bahasa matematik sangat penting kerana jika penggunaan bahasa salah, maklumat yang ingin disampaikan tidak difahami oleh pendengar.

Page 26: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 26

7) Menggunakan teknologi yang sesuai dalam konsep membina pemahaman , menguasai kemahiran Matematik dan menyelesaikan masalah

a) Penggunaan teknologi dalam p&p mempengaruhi pelajar dalam memahami apa yang diajar oleh guru. Teknologi yang bersesuaian perlu digunakan mengikut aras pendidikan murid.

• Sebagai contoh, penggunaan kalkulator. • Pelajar sekolah rendah biasanya tidak akan

didedahkan dengan teknologi ini kerana pernomboran yang digunakan tidak begitu besar berbanding dengan pelajar sekolah menengah yang menggunakan nilai nombor yang besar dan kompleks dalam p&p.

Page 27: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 27

b) Selain itu, teknolgi berkenaan ICT juga perlu dititikberatkan sewaktu p&p oleh guru sebagai alat bantu mengajar

• Sebagai contoh, guru menyediakan soalah Matematik dengan menggunakan perisian Power Point.

• Murid dikehendaki untuk menjawab soalan tersebut dengan datang kedepan dan melibatkan diri dengan pengguanaan ICT tersebut.

• Penggunaan animasi yang menarik akan menarik minat murid untuk meneruskan proses p&p dalam kelas.

• Hal ini dalam waktu yang sama dapat melatih murid untuk menggunakan ilmu teknologi untuk proses pembelajaran.

Page 28: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 28

a) Guru juga boleh menggunakan video yang mempunyai ilmu pendidikan Matematik untuk ditayangkan kepada murid-murid.

• Sebagai contoh, guru menyediakan video “Along Bijak”

• Video ini merupakan satu video melibatkan ilmu Matematik yang disampaikan melalui nyanyian.

• Video ini sangat menarik untuk ditonton kepada murid-murid yang ingin menghafal sifir.

• Melalui aktiviti ini, murid dapat menjalankan proses p&p dengan lebih berkesan serta dapat menimbulkan perasaan gembira sewaktu pembelajaran.

Page 29: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 29

8) . Mengamalkan ilmu Matematik secara bersistem, heuristik, tepat dan berkualiti

a) Guru boleh mengedarkan kertas yang mempunyai jadual waktu dan pelajar perlu mengisinya dengan aktiviti yang sesuai semasa berada di rumah.

•Pelajar dapat menggunakan masa mereka dengan sebaik-baiknya berdasarkan ilmu Matematik yang dipelajari di dalam kelas.

•Maka, pelajar dapat menggunakan waktu mereka dengan lebih bersistem, heuristik dan tepat.

Page 30: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 30

b) Guru boleh mengajarkan kaedah-kaedah untuk menyusun pinggan kepada pelajar berdasarkan konsep jisim

•Guru menerangkan kepada pelajar bahawa pinggan yang kecil sekali diletakkan di bahagian atas kerana pinggan yang kecil memiliki jisim yang kurang.•Manakala pinggan yang besar diletakkan di bahagian bawah kerana memiliki jisim yang besar dan untuk memastikan rak pinggan berada dalam keadaan yang stabil.•Maka pelajar dapat mengamalkan ilmu Matematik yang diajar ketika di rumah.

Page 31: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 31

c) Guru mengarahkan pelajar untuk menyukat ketinggian rakan mereka dan mempersembahkan data yang diperolehi dalam bentuk jadual.

•Data dipersembahkan dalam bentuk jadual yang mengandungi kolum julat ketinggian dan bilangan.

•Justeru itu, ilmu Matematik yang terlibat ialah ukuran dan pelajar telah dapat mempersembahkan data dalam yang bersistem, heuristik, tepat dan berkualiti.

Page 32: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 32

9. Mendapat peluang melibatkan diri dalam perkembangan dunia pendidikan Matematik

a) Guru harus menggalakkan pelajar untuk menyertai pertandingan/kuiz Matematik diadakan bukan sahaja di peringkat sekolah malah di peringkat bahagian, negeri dan negara.

• Contohnya menyertai pertandingan Matematik Olimpian Kebangsaan.

• Dengan ini, pelajar akan terlibat secara aktif dalam dunia pendidikan Matematik di sekolah.

Page 33: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 33

b) Melibatkan pelajar dalam aktiviti interaktif dalam pengajaran Matematik

•Guru Matematik boleh membawa muridnya ke laman web yang mengandungi aktiviti interaktif dan memberi peluang kepada kepada muridnya untuk berinteraksi dengan aktiviti ini dalam pembelajaran Matematik mereka seperti menyelesaikan soalan Matematik.

•Contoh tapak web yang sesuai ialah The Math Forum.

•Antara aktiviti Matematik yang boleh diselesaikan pelajar ialah Pembinaan Konsep Pecahan.

•Maka, pelajar dapat melibatkan diri secara langsung dalam perkembangan dunia pendidikan Matematik apabila mereka juga turut serta dan mengalami pengalaman Matematik dengan bimbingan guru.

Page 34: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 34

c) Guru boleh menggalakkan pelajar untuk mengadakan pameran mini di sekolah

• Pada bulan Sains dan Matematik, guru boleh menggalakkan pelajar untuk mengadakan pameran mini Matematik di sekolah mereka.•Guru boleh membahagikan kelas kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki untuk mempamerkan tajuk-tajuk Matematik yang berbeza seperti operasi tambah, tolak darab dan bahagi.•Secara tidak langsung, semua pelajar akan terlibat untuk menjayakan pmeran mini tersebut dan mendapat ilmu baru.

Page 35: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 35

10. Menghargai kepentingan dan keindahan Matematik

a) Guru boleh menggunakan benda-benda di sekeliling dengan pelajar untuk menunjukkan keindahan Matematik

• Guru boleh membawa pelajar ke Taman Sains dan Matematik untuk menunjukkan Nombor Fibonacci yang ada pada bunga matahari .

• Pelajar boleh memerhatikan susunan biji bunga matahari dan menentukan arah pusingannya.

• Maka, pelajar akan dapat mengetahui bahawa alam semula jadi juga melibatkan Nombor Fibonacci dan seterusnya mereka akan lebih menghargai kepentingan dan keindahan Matematik dalam kehidupan.

Page 36: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 36

b) Guru boleh mengarahkan pelajar untuk melukis cengkerang siput ketika subjek Matematik

•Nombor Fibonacci juga terlibat dalam pembentukan cengkerang siput. Guru boleh menyediakan kertas graf kepada pelajar menghasilkan lukisan cengkerang siput berdasarkan konsep Nombor Fibonacci.

•Melalui aktiviti tersebut, pelajar akan dapat memahami konsep sebenar Nombor Fibonacci dalam kehidupan dan juga alam semula jadi.

Page 37: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 37

c) Guru boleh menggalakkan pelajar untuk menanam bunga untuk melihat pembentukan Nombor Fibonacci dalam pertumbuhan bunga itu.•Semasa menanam bunga, pelajar harus mencatatkan perkembangan tumbuhan tersebut dari awal sehingga pokok itu membesar.•Melalui aktiviti ini, pelajar akan dapat memerhatikan susunan daun yang tumbuh mengikut arah jam dan ini melibatkan konsep Nombor Fibonacci.•Maka, pelajar akan lebih menghargai kepentingan dan keindahan Matematik yang terlibat melalui aktiviti menanam bunga ini.

Page 38: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 38

• KBSR terbahagi kepada dua peringkat iaitu Tahap 1 (Tahun 1 hingga Tahun 3) menekankan penguasaan 3M dan Tahap 2 (Tahun 4 hingga Tahun 6) memperkukuhkan semula penguasaan 3M serta pembinaan dan kandungan Sains yang kukuh.

• Pengubahsuaian tertentu pada KBSR yang dilakukan pada tahun 1994 supaya matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 dapat direalisasikan dengan lebih berkesan lagi.

• Guru-guru memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan kurikulum. Peranan mereka termasuk menginterpretasi, merancang,memodifikasikan dalam melaksanakan kurikulum.

Page 39: Aplikasi Ojektif KBSR Matematik

Free Powerpoint TemplatesPage 39